'Shaker Bamboo' (made in hbp USM)
'Shaker bamboo' ini secara keseluruhan diperbuat daripada sisa-sisa batang buluh yang tidak lagi digunakan (kitar semula buluh tua).Hal ini selari dengan kehendak Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengutamakan kelestarian alam.Shaker Bambo mula wujud di kawasan-kawasan perkampungan dan pendalaman kerana kawasan ini dekat dengan posisi pokok buluh yang lazimnya banyak hidup di kawasan hutan dan kaki bukit.Alat muzik sering dimainkan apabila menyambut sesuatu perayaan seperti majlis kenduri kahwin,majlis perasmian daan majlis menyambut tetamu.Dahulu alat muzik ini hanya dikenali di kawasan-kawasan desa,kini alat muzik ini makin dikenali diserata tempat,dalam mahupun luar negara dan kerap kali digunakan dalam persembahan dikir barat,nasyid,gamelan dan sebagainya.
Bahan-bahan 'Shaker Bamboo';
- 2 batang buluh (7-8cm)
- biji saga
- gettah
- belon
- tali
- gunting
- batang buluh dipotong 3.5-4cm daripada urat pemisah batang buluh untuk kedua-dua batang buluh.
- Beberapa biji saga dimasukkan kedalam lubang batang buluh.
- Gunting belon kepada skala yang kecil untuk menutup lubang batang buluh yang berisi biji saga.
- Ikat belon tersebut dengan getah agar belon yang menutup lubang batang buluh tidak longgar.
- Lilit batang buluh dengan tali di bahagian getah tadi.
- Goncang berulang-ulang kali untuk menghasilkan bunyi yang menarik.
No comments:
Post a Comment