Sunday, July 25, 2010

2B:Man-Made Structure


'Shaker Bamboo' (made in hbp USM)

'Shaker bamboo' ini secara keseluruhan diperbuat daripada sisa-sisa batang buluh yang tidak lagi digunakan (kitar semula buluh tua).Hal ini selari dengan kehendak Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengutamakan kelestarian alam.Shaker Bambo mula wujud di kawasan-kawasan perkampungan dan pendalaman kerana kawasan ini dekat dengan posisi pokok buluh yang lazimnya banyak hidup di kawasan hutan dan kaki bukit.Alat muzik sering dimainkan apabila menyambut sesuatu perayaan seperti majlis kenduri kahwin,majlis perasmian daan majlis menyambut tetamu.Dahulu alat muzik ini hanya dikenali di kawasan-kawasan desa,kini alat muzik ini makin dikenali diserata tempat,dalam mahupun luar negara dan kerap kali digunakan dalam persembahan dikir barat,nasyid,gamelan dan sebagainya.


Bahan-bahan 'Shaker Bamboo';
  • 2 batang buluh (7-8cm)
  • biji saga
  • gettah
  • belon
  • tali
  • gunting
Cara-cara untuk menghasilkan 'Shaker Bamboo';
  • batang buluh dipotong 3.5-4cm daripada urat pemisah batang buluh untuk kedua-dua batang buluh.
  • Beberapa biji saga dimasukkan kedalam lubang batang buluh.
  • Gunting belon kepada skala yang kecil untuk menutup lubang batang buluh yang berisi biji saga.
  • Ikat belon tersebut dengan getah agar belon yang menutup lubang batang buluh tidak longgar.
  • Lilit batang buluh dengan tali di bahagian getah tadi.
  • Goncang berulang-ulang kali untuk menghasilkan bunyi yang menarik.
Bunyi 'Shaker Bamboo';

Thursday, July 22, 2010

2A NATURE STRUCTURE OF BAMBOO.

Tempat :Taman Rekreasi Universiti.

Di sini kami semua diminta untuk mencari kawasan pokok buluh untuk melakar pokok buluh.6 lakaran diperlukan untuk menerangkan maksud 'joint'(kesinambungan).5 lakaran hitam putih dan 1 lakaran bewarna.


Aktiviti mencari pokok buluh di taman rekreasi universiti yang bersebelahan dengan Desasiswa RST.


Selepas pokok buluh ditemui,saya melakar pokok buluh dalam pelbagai sudut.



Ini hasil lakaran kasar pertama.


Hasil lakaran pertama berdasarkan gambar persekitaran di bawah ini.


Logo ABDUL MUIZ BIN FADZIL.



Hasil lakaran bewarna yang telah di sempurnakan.




Hasil kerja akhir iaitu 6 lakaran.5 lakaran hitam putih dan 1lakaran bewarna.



Wednesday, July 14, 2010

'What I Heard'

Assignment A1 :My Virtual Home

Assalammualaikum....
Ini assignment pertama bagi subjet RUS 101 yang berlaku bermula daripada pukul 9pagi hingga 11 pagi/12.7.2010 di pusat pengajian perumahan,bangunan dan perancangan (HBP) USM Pulau Pinang..

En. Wan Burhanuddin Wan Abidin (Wan B) selaku pensyarah yang menerangkan maksud disebalik APEX

APEX:Accelerated Program for Excellent

APEX digunakan dalam menuju perubahan(transformasi) untuk masa hadapan pada abad ke-21.Berdasarkan visi USM APEX,transformasijuga untuk keseimbangan di pusat pengajian tinggi pada hari esok kelak..(tranforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow).

Wan B ada mengatakan tentang perkara 3P (Product,Principle,Place)
Wan B juga mengajukan soalan kepada pelajar HBP ;
'mengapa pilih USM..?'
'adakah USM pilihan utama..?'







Wan B turut menerangkan tentang 'sustainability'..contoh:

'permainan bertaraf antarabangsa seperti FIFA WORLD CUP diadakan di padang sekolah smk Rompin,Pahang...ataupun...pasukan bola sepak smk Rompin,Pahang mengadakan perlawanan bola sepak di padang Old Trafford,sudah pasti kurang publisiti daripada paminat bola sepak...di situ kita dapat lihat berlaku ketidakstabilan..

Bahasa juga ada dikatakan bahawa kebanyakan bahasa melayu meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu sebanyak 3500 perkataan..Sesetengah bahasa Melayu juga tidak dapat diterangkan dalam bahasa Inggeris untuk menerangkan maksudnyer..
contoh ;
'berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian'(BM)
='rafting-rafting to the end,swimming-swimming to the side'(BI)

Selain itu sesetengah bahasa Inggeris mempunyai perkataan yany samer tapi maksud yang berbeza dalam bahasa Melayu..

contoh ; 'listen & heard'(BI) 'dengar & dengar'(BM)
Dalam bahsa melayu maksudnyer adalah sama tapi dalam bahasa inggeris 'listen' ertinya kita mempunyai niat untuk dengar manakala 'heard' sesuatu yang kita dengar secara tidak sengaja..


RUS101 Actor merangkumi antara pelajar,studiomaster,masyarakat USM dan lain-lain..
Sebelum tamat kelas,Wan B memperkenalkan beberapa studiomaster kepada pelajar HBP tahun 1.
STUDIOMASTER
Prof. Madya Dr. Zulkifli Hanafi
Ar. Mohd Najib Mohd Salleh
Prof. Madya Mohamed Talhah Idrus
Dr. Ahmad Puad Mat Som
Sr Dr. Ilias Said
Dr. Shardy Abdullah
Prof. Madya Sr Dr. Mastura Jaafar
Dr. Abdelnaser Omran Ali
Dr. Azizan Marzuki
En. Azizan Hussain
En. Rusli Jamaluddin
Dr. Norazmawati Md. Sani@Abd. Rahim
Dr. Mohd. Zailan SuliemanSr Mohd Zahry Shaikh Abd. Rahman

SEKIAN...